February 1, 2012

The surgery

hari ketiga di wad teruntum kuantan medical centre. sudah 2 malam tido tanpa mangi-mangi mami. oh sedihh!!

sabtu pagi anta dini pi umah bbsittr.then tros pi kmc. jumpe specialist aka surgeon - doc. then dia  scan and bgtau nanah banyak.so dia schedulekan operation at 1pm. since br kol 10 lbh, aku ngn bangah pon gi ronda megamall.seblah kmc je...

kami menuju ke digi.hehehe. usha android. tiba2  amik nombor then convert celcom prepaid aku to digi postpaid.

*** entry ni tergantung for few days sbb aku tak erti nak pkai mr gejet ni. plus busy melayan anakanda.

1 Feb 2012


dah bape hari ek kt ompistal? oooo masok hari kelima sudah.

ok.sambong pasal digi tu. lepas convert nombor, konon nak subscribe la tros dgn digi nye smart plan. skali kena tunggu nombor digi tu activate within 24-48hrs lak. aiseyyyyy. maka kami pon balik ompistal. time tu dh kol doblas.

tunggu punye tunggu, kol 2lbh br la dpt bilik. then baru la doc leh operet.  doc kasik bius kuda. acik pemsam on the spot you! sedar2 dah kol 4pm. pulaknye bilik aku tu, patient seblomnye tak kua2 lagi dari situ. ntah ape poblem tah. tunggu final bil ke hape tah. misi kat Ot dah bengang2 sbb ada 2 patients termasok aku tgh tunggu bilik. maka ketek dah penoh susu sebab tak pam dari pagi. just imagine la kan.

misi kat OT call lagi misi kat wad. last2 dorang bagi aku double sharing room untuk sementara. aku request single room. aku okay jek since nak pam sangat2 dah.

sampai je bilik, teros pam. maka katil seblah nak sape patient nye, kemain piknik lagi. bising ya amat. dengan budak menjerit la ape la... haii sabo je lah kan.

tak lama lepas tu, pindah single room.. hehehe.

malam lak, kawan ompis aku datang. kena bebel sebab tak bagitau dia. akak ni dah pernah bebel kat aku dulu mase kena denggi. ni skali lagi warded, aku tak inform dia. ala..kelam kabot la... dengan hempon kurang sbijik. maka leceh nak tukar2 simkad. dia soh aku amik bilik besar sket, since kitorang entitle untok rm300 punye bilik. aku iye kan jek lah. then malam tu tido la kami laki bini dalam wad. aku dah request kosi malas untuk bangah. tapi dia takmo. misi lak lupe nak anta kosi malam tu. tido la bangah kat kosi biasa. telentok2 aku aku tengok... sian you.


esoknya, aku soh bangah pi Digi. soh beli galaxy tab 7.0plus. Skali nak kena sign form...tepakse la aku lari dari ompistal kejap. hahahahah. dah le tak pakai bra. aku soh bangah bli shawl. kasik cover sket. pi Digi, sign form, bayar duit then balik wad. kikikikiki.

keje gile.

petang tu, doc datang untok dressing. dia kasik sedative supaya aku tido. konfem dressing tu sakit. kebetolan kawan2 aku dari KL datang. budak SKPC. tujuan nak jumpe Dini. tapi tak dapat sebab Dini kat bbsitter lagik. so jumpe aku jekla... tak lama lepas dorang sampai, doc lak masok. so, kena la kua kejap.

nak jadik cerita, masa dorang masok balik lepas dressing tu, aku borak borak ngan dorang dlm keadaan semi conscious. aku merepek2 ape tah. dah booked semi D la, pastu nak dukung la. bangah kata dorang gelak gelakkan aku. hahahahah

then sorang budak opis datang visit sebab kebetolan dia ada kat area hosp ni. pon sama gak aku melalot. tanye soalan sama ulang2 kali.

malam lak, kawan opis aku datang bawakkan Dini... dapat ilangkan rindu. sejam jek jumpe then dorg bawak Dini balik.


Esoknye, aku soh bangah amik dini....so isnin & selasa malam kami sekuarga tido kt ompistal....

Arini aku soh Bangah anta Dini balik ke bbsitter.


Dah la. paler pening puyeng sebab baru sedar dari tido akibat sedative.

Aku tak brani la nak dressing dalam keadaan sedar. takot takleh tahan sakit. hihihii.....


**entry ni sambong kol 6pm ; 1 Feb 2012 kat part mana tah.



Sekian terima kasih
Ward Teruntum Bilik 303
Kuantan Medical Centre

January 26, 2012

Breast abscess

I am on MC until tomorrow.

Dah 3 weeks swollen breast.

1st week - gi klinik Izdham kat Melawati. During weekend memang doc yang wat locum je lah kan. Doc pompan muda. Dia bagi ubat kurang bengkak, ubat relief bengkak and ubat tahan sakit. Aku tak paham kenapa ada 2 jenis ubat untuk bengkak tu.

After few days, bengkak tak surut. So, pegi lak klinik kat Sg. Isap. Poliklinik Ar Razi. Doc bagi antibiotik, ubat  surut bengkak & ubat tahan sakit.

Antibiotik habes. Bengkak still remain. Pegi lagi Ar Razi. Dengan harapan nak jumpe Doc Fazidah (doc yang detect aku kena denggi few years ago). Tapi Doc Fazidah lom masok keje lagi. So, jumpela doc lelaki jugak. Doc lain la. Dia bagi lagi antiobiotik (stronger one), ubat surut bengkak and tahan sakit.

Antibiotik yang ni pon habes jugak. Bengkak masih ada.

So semalam, aku pon gi lagi Ar Razi. This time, call dulu nak check Doc Fazidah duty kol bape. 2-9pm.

This time dah rase nak demam. Seram sejok, sakit2 badan. Breast kiri dah start merah-merah. Then kuar lak yellowish spot.

Doc Fazidah check, dia kata

" Awak dah kena breast abscess ni"

Aku dah google pasal breast engorgement. Mastitis. Breast abscess.

Yellowish spot tu adalah nanah. Dia bagi 2 jenis antibiotik. Esok kena gi klinik lagi jumpe dia. Dia nak tengok, reduced ke tak. If takde perubahan or makin terok, dia akan refer aku ke hospital for minor surgery.

Actually she can do the procedure. Tapi dia kata nanti sakit kalau dia buat. Takde bius la kot tu kan.

Doc suh aku kuakan susu from left breast (yg infected tu). Kua kan kasik habes. Then buang. Dia kata takyah kasik baby bf breast tu sbb ada kuman.

So start malam tadi, aku bf DH breast kanan je. So far dah buang 6oz dah.

Tadi call Ezra. Dia kata boleh je bagi susu left breast tu. Actually ok je. Tak infected. Cuma orang takot infected. So, petang ni, continue la pam cam biasa.

Aku mintak lagi stock ebm dari kawan aku tu sebab stock aku ZERO.

Salah sendiri masa CNY tu malas nak pam.


MC 2 hari. Rehat rehat rehat. Seblom pam susu, kena tuam breast ngan tuala panas biar liang susu tu kembang. So susu senang kluar.

Sms boss bagitau dia aku MC sampai esok sebab swollen breast.

Dia reply "get well soon. Sorry, there's a light smile on my face :) "

Ye la boss...... Ko taktau aku nak kena operet ni!!

January 19, 2012

Dah lama tak update blog.

Jangan kata blog, nak on laptop pon gagal.
Agak sukar nak menyusun atur hidop sekarang.

I woke up at 6am everyday. Mandi, siapkan ebm for DH, siapkan diri nak pi kerja, in between bf dia kalau dia terbangon. Hantar pi umah bbsitter then shoot to office. Tiap2 hari aku lambat 5mins.

Kat office, manage to pump twice. Kol doblas and pat petang. Alhamdulillah, susu dah makin banyak. Pam kol12, leh dapat up to 6oz. Kol 4 lak, biasanye 4oz.

Sampai umah kol 6ptg. Amik DH. Then layan dia. Curik2 masa untuk mandi, makan, basoh botol, basoh perkakas mengepam, basoh baju DH yang kena taik, kena muntah etc....

Kol 9mlm, batteri aku padam. Sebelom DH masok 4mnths, aku berjaya paksa dia tido kol 9.
Bila dah masok 4mnths, dia akan tido kol 8pm. then bangon after 15-30mins tido. Dahtu berjaga la sampai kol 11 malam.

Aku ni, kalau tengah ok, tak tido tak ngantok, boleh je layan dia. Btw, dia dah start meniarap. Tapi budak ni, bila dah nyarap, nanti dia nanges ngamok2 sampai temengah2 sebab tak dapat nak pusing balik.

So, bila dia tak tido, sebok nak nyarap, maka aku polak ngantok tahap gaban, memang aku biar je dia nanges.
Dahla pulaknye aku nye breast kiri ni bengkak. Dah 2 weeks. Keras & merah2 tetekku. So, sakitla kan kalo asyik nak kena angkat dukung dia jek.

Dah puas aku biar, aku amik dia then kasik tetek. Pastu dia tido lah kan.

Then aku pon tido la sama.... Next shift - adalah selepas 2-3jam. DH bangon lagi nak susu. So, average aku bangkit tengah malam adalah 2-3 kali setiap malam.

Kat opis dah tak kua lunch dah. Aku tido untuk recharge. Maka untuk penuhkan perot, either aku bli heavy breakfast, or mkn roti or biskot cecah milo. Ye la, kalo tak makan langsong, sah2 ebm cair.

Oh. Saye stress kerana jaga DH bersendirian. Housemate ada la jugak tolong2 layan DH. Tapi segan la aku nak asyik mintak dia tolong jek kan. Cuma mlm semalam, bile dia tengok aku dah macam stress, dia amik DH gi bilik dia, ajak tengok youtube. Dapatla aku tengok tv skejap.

Oh Tuhan, just give me strength. Jangan biarkan aku hilang sabar, hilang akal.


I am going to be 32 tomorrow.

January 6, 2012

Human Milk for Human Babies

Aku sokong ibu susuan.
Thus aku tak bantah HM4HB, Cuma, kena pastikan susu siapa yg diberikan kepada baby tu.

DH ada ibu susuan. My colleague.

Aku nye susu kan tak banyak. Pastu pemalas pulak nak buat stok sepanjang cuti 90 hari tu.... (I regret.Lagi).

So, masa 1st day anta DH ke bbsitter. Aku bekalkan 20oz ebm. Aku bajet dia minum 15oz per day.
Skali masa aku amik dia, bbsitter kata ebm tak cukop. Aku pesan soh bagi 3oz at one time. Dia kata lepas habes 3oz, DH stil nak lagi.

Tapi, kalo buat kira-kira, sepatotnya cukop. Kata la DH stat minom kol 8am. Every 2 hrs.
So, 8am, 10am, 12pm, 2pm, 4pm and 6pm.

6x. kalo 6 x 3oz = 18oz. Tapi aku bekalkan 20++oz.

Maka esoknya, aku tambah ngan FM. Berat hati nak bagi. Tapi stok aku tinggal few oz je... :(

Nak jadi cite, colleague aku nye ebm banyak. She can produce 6-12oz sekali pam (left & right). Minimum 6oz. Hebat kan?

Aku nak cecah 5oz kiri-kanan pon macam nak pensan.

Aku borak-borak ngan dia kat tepon opis. Suddenly she offered her ebm. Aku ok je. I asked Bangah. Dia kata "ntoh".

Few days after, kawan aku tu tanye lagi. Konfem ke nak? Dah discuss ngan Bangah?

Aku pon tanye la Bangah lagi.. He said "better dari susu lembu".

So, kawan aku pon officially jadi ibu susuan DH setelah rela hati bagi 70+oz ebm dia. Aku terharu. Dia bagi so that, aku sempat nak buat stok sendiri...

Alhamdulillah, kat opis aku pam 2-3x . Dapat la dalam 10-12oz. Then malam kat rumah, aku try gak pam. At least nak dapatkan 2oz minimum.

Gigih.

So dah 3-4 hari la, DH kat bbsitter minum ebm aku campor ngan ebm ibu susuan dia.

Aku ada la tanye kt fb, mintak opinion pasal ibu susuan.
Rata-rata tak setuju. Pendapat masing-masing. (aku rase down la jugak coz macam takde yang support. Tapi ada jugak yang okay je dengan ibu susuan). Tapi, pokok pangkal nye - aku.

Daripada bagi DH minum susu haiwan iaitu lembu. Adalah lebih baik bagi dia minum susu manusia.

InsyaAllah aku akan keep in touch dengan ibu susuan DH eventho aku dah tak keje MBM in future.
Kena jaga relationship ni. DH dah muhrim dengan ibu susuan, jugak anak-anak ibu susuan tu.


Alhamdulillah. Thanks a lot to her.


Setiap bayi yang lahir dah ditetapkan rezki nya. If rezki DH ngan susu aku stakat yang ditetapkan. Aku redha. Memang susu aku tak banyak. Tapi aku yakin, cukop untuk DH. Cuma salah aku tak buat stok banyak awal-awal dulu.....

Lesson learn.

January 1, 2012

Apit kanan, apit kiri

Tak sangka dowh, dah ada anak sorang pon, still ade panten yang nak amik aku jadik apit dia.

Hahahah.

Aku apit adek kecik aku kawen itu ari sebab dia takde kawan yang ikot pi wedding kat Kedah. Maka, aku la yang jadik apit. Muahahahahah.



Apit pakai kasot flat ballerina. Maka kelihatan pendek dari panten pompan.


Sama cantek, sama kepochi kuachi matahariii



Masa ni, si Apit berada kat blakang kemah panten. Sedang menjadik Sabarudin Tukang Kasut.
Di bawah tiang lampu di tepi longkang.
Boleh pulak time makan beradab, kasot pantin pompan leh kopak tapak dia???
Aku pi la pinjam double sided tape + gunting dari Shell berdekatan sebab dorang takde jual am gajah or UHU.

Family Haji Zali & Hajah Railah yang hadir selaku rombongan dari Johor.
Masa wedding kat Sagil, kuarge Kedah datang 1 bas you !

December 27, 2011

Aritu pi Kedah Darul Aman.
Sesi bertandang ke rumah pengantin lelaki kat Sg. Petani.

Meh tengok gambo kat sini

Pi hari Jumaat. Balik KL ari Ahad.
Isnin balik Kuantan.

December 18, 2011

Suke betol aku tengok gambar-gambar adek kecik aku kawen.

Meh tengok kat sini & sini

Muka aku & bangah tak banyak dalam frame. Sebab kami bizi melayan DH, so photog tak nampak kitorang :(